Webinar Nadi X Wellbeing – Quit Smoking? Tanya Farmasi! - Ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real
16 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Quit Smoking? Tanya Farmasi! – ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan webinar Quit Smoking? Tanya Farmasi! - ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real ini adalah untuk memberi penerangan yang praktikal dan berkesan tentang kaedah berhenti merokok melalui panduan ahli farmasi. Menyediakan sokongan dan strategi sebenar yang boleh dilaksanakan, berbeza daripada ceramah teori semata-mata. Meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk merokok serta manfaat berhenti merokok kepada kesihatan. Menggalakkan perokok mengambil langkah tindakan segera dengan bimbingan profesional.
Webinar ini banyak memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman, menyuntikan kesedaran dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: